Selasa, 8 Mac 2011

"SESAT" - Sebuah Filem Pendek Penting!



Sebuah filem pendek yang di hasilkan selepas pengajian diploma aku di ASWARA berakhir. Produksi filem ini pada mulanya terbentuk apabila aku terfikir untuk membikin sebuah produksi filem pendek yang turut meraikan sokongan kawan2 yang tenaga produksi yang terlibat dalam "PINTU KE PINTU" yang alhamdulillah mendapat rezeki anugerah dalam dua festival filem pendek tempatan. Jadi, produksi ini terlahir sebagai hadiah bagi mereka yang membanting tulang dalam produksi filem pendek "PINTU KE PINTU" iaitu 90% tenaga produksi adalah dari team yang sama.

"SESAT" mendapat sentuhan sinematografi dari seorang sinematografer muda yang berbakat, Najid KJ untuk memberikan visual terbaik baik filem pendek ini. Pemegang anugerah "Sinematografi Terbaik" Festival Filem dan Video Pelajar Ke-7 ini juga terlibat sebagai Penerbit Bersama untuk filem pendek ini bersama juga Syaza Amira yang turut menjadi Penerbit Bersama dan Pengurus Produksi.

Selain itu, "SESAT" di bintangi oleh pelakon lelaki terkenal yang telah menempah nama di dunia perfileman tempatan, Remy Ishak yang membawakan watak utama dalam filem pendek ini. Pengarah tersohor Malaysia juga 'sifu' pada aku dan rakan2 di ASWARA, Encik Adman Salleh turut menjayakan filem pendek ini.

Untuk menyaksikan filem pendek ini jom same kite datang DBP pada 9 April ini...!

Event "ANGKATAN PEMBIKIN FILEM BARU"

Page Rasmi Filem Pendek Sesat di FB

Mencari semangat baru

Cubaan untuk menulis semula...Setelah setahun berhenti untuk menulis..aku akan try menulis kembali..hope kwn2 bole terus support ye...tq :)