Memaparkan catatan dengan label Short film. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Short film. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2011

"SESAT" - Sebuah Filem Pendek Penting!



Sebuah filem pendek yang di hasilkan selepas pengajian diploma aku di ASWARA berakhir. Produksi filem ini pada mulanya terbentuk apabila aku terfikir untuk membikin sebuah produksi filem pendek yang turut meraikan sokongan kawan2 yang tenaga produksi yang terlibat dalam "PINTU KE PINTU" yang alhamdulillah mendapat rezeki anugerah dalam dua festival filem pendek tempatan. Jadi, produksi ini terlahir sebagai hadiah bagi mereka yang membanting tulang dalam produksi filem pendek "PINTU KE PINTU" iaitu 90% tenaga produksi adalah dari team yang sama.

"SESAT" mendapat sentuhan sinematografi dari seorang sinematografer muda yang berbakat, Najid KJ untuk memberikan visual terbaik baik filem pendek ini. Pemegang anugerah "Sinematografi Terbaik" Festival Filem dan Video Pelajar Ke-7 ini juga terlibat sebagai Penerbit Bersama untuk filem pendek ini bersama juga Syaza Amira yang turut menjadi Penerbit Bersama dan Pengurus Produksi.

Selain itu, "SESAT" di bintangi oleh pelakon lelaki terkenal yang telah menempah nama di dunia perfileman tempatan, Remy Ishak yang membawakan watak utama dalam filem pendek ini. Pengarah tersohor Malaysia juga 'sifu' pada aku dan rakan2 di ASWARA, Encik Adman Salleh turut menjayakan filem pendek ini.

Untuk menyaksikan filem pendek ini jom same kite datang DBP pada 9 April ini...!

Event "ANGKATAN PEMBIKIN FILEM BARU"

Page Rasmi Filem Pendek Sesat di FB

Rabu, 3 Jun 2009

"PINTU KE PINTU" OFFICAL TRAILER



Akhirnya....
Sekian lame menyepi dengan kesibukan proses editing "Pintu Ke Pintu" dan proses pre-pro "JIMBO...saya sediakan dahulu anda dengan trailer 30saat ini. Harap terhibur...

Jangan lupa saksikannya pada tayangan perdana bersama 6 filem pendek lain sempena Penilaian Projek Akhir (PeTA 2009), Fakulti Filem dan Video ASWARA - 9hb dan 10hb Jun 2009 , jam 8.30mlm di Dewan Kuliah Utama ASWARA. Dan tayangan serta soal jawab pada 10hb Jun 2009, jam 2ptg di tempat yang sama...Masuk adalah Percuma.

"PINTU SUDAH SEDIA DIBUKA...."

Rabu, 4 Mac 2009

PINTU KE PINTU "Pengembaraan melalui PinTu bermula"


Setelah melalui mcm halangan dan rintagan dlam pre-pro, akhirnya Pintu Ke Pintu akhirnya tamat sesi pengambaran. Berdepan dengan situasi genting time shoot antara pengalaman yang giler yg patut di rasa oleh semua org. (aku rase).

Hari pertama : Bdk teknikal lupa bawk Bnc Cabel yg membuatkan aku tak bole tengok monitor. By heart je la..baru mcm P. Ramlee sket..huhu!caye je kat DP.(kadang2 aku curi tgok kat LCD camera gak..huhu!)

Hari Kedua :Berdepan dengan set-up yg besar dan aku hanya ade kurang dr 10 org crew.termasuk teknikal, art dan aku sendiri..adus!tp semua nya harus berjalan...ini pasal karya.bukan pasal crew...

Hari Ketiga : Alhamdulillah..berjalan lancar. Tapi karya aku terganggu siket. Bile ade "tutor"yg duk sebelah aku tuk tengok monitor dan kaco mcm2. Termasuk nk tolong aku ckp "action - cut".(Lebey tul org tua ni..sib baik org tua...). Tapi takpe. Sume nye da abis..kite jalan je...

ni aku kongsi sket gamba2 time shoot aritu..



Rabu, 16 Julai 2008

LIHAT wayang gambar pendek dari Aliff




FiLem konToT berdurasi 3minit ini dihaslkan untuk kelas Pengarahan 2 mase aku di tahun2 Dua semester satu dlu(bulan Mei 2007). Idea ni dah di peram sejak aku taun satu lg. Dengan bajet sebanyak Rm3.90(cermin mata)dan duit mintak Rm2.00(minyak moto.time tu harga minyak blum naik lg.huhu!),aku n Tash(Si Buta) pegi la Taman Tasik Perdana n shoot!
Takde Skrip!
Only need storyboard..
(korang pon mampu buat..)
shoot tak sampai 5jam ni berakhir jam 6petang..
Edit punye edit. Esok siap n submit terus!
Tp pensyarah aku bg B+ je!Tp aku tak puas ati..


Jadi..
SiLaLAH KoMen FiLm KOntot aku bertajuk "LIHAT"ni...(Satu komen yang beri upah 20sen..huhu!)
Kalo korang jd pensyarah aku agak2 bleh dpt bape?huhu!(anggap je korg lg pandai dr pensyarah aku..huhu!)

*Oleh kerana aku pakai kualiti yg okey sket. So,lame sket la ye nak buffering. Sorry la nak kene tggu. Tp sementara tu leh la tgk2 post2 aku yg lain...heheh!

Peace!

Rabu, 25 Jun 2008

PERISTIWA BUNGA TELOR by ALIFF




Akhirnya aku berjaya mengarah 1st short filem aku!Thanks pade sume yang terlibat n bantu aku dalam pembikinan filem pendek ni..harap semua enjoy tengok filem ni!

...FileMinda...