Rabu, 25 Jun 2008

PERISTIWA BUNGA TELOR by ALIFF




Akhirnya aku berjaya mengarah 1st short filem aku!Thanks pade sume yang terlibat n bantu aku dalam pembikinan filem pendek ni..harap semua enjoy tengok filem ni!

...FileMinda...

Selasa, 24 Jun 2008

SEPI : SINEMA BARU MALAYSIA

Aku mungkin antara mereka yang bertuah kerana dapat menjadi antara orang yang terawal menonton filem "SEPI. aku bukan lah mereka yang di undang untuk mennghadiri sidang media filem "SEPI". Aku bukan mat media yang mencari makan dengan menulis kat paper atau magazine hiburan tempatan. dan bukan juga bloggers yang popular, yang mengadap computer setiap hari melayan blog. tapi aku hny budak praktikal di GBSB.So,aku dapat la tengok SEPI same2 time sidang media tu. hari ke2 aku praktikal.

Wah!ramai gak yang datang time tu.penuh panggung.aku kene duduk 2 kerusi dari depan. mendongak gak la.tapi takpe la..Biler visual muncul je..Peh!aku tengok gamba clear pecah beb!Pakai HD rupe2 memang pecah giler kalo blow up to 35mm.Tapi mungkin aku duk depan.sebab tu pecah.takpe la..

aku layan lagu die.bez!tapi sayangnye kenape mamat indon 3org tu yang nyanyi..?em,lantak la..benda kecik je.Ok,kite cite pasal filem die lak.

Hook yang di beri dalam filem ni bagus!adegan eksiden. walaupun agak klise utk filem luar.tapi filem mlaysia,bgus la!pastu cite bermula dengan seorang chef yang buat kek utk org kawin.tapi dienye tak kawin2 lg..(pembinaan karekter yg baik). Kisah kedua pasal laki yang bini die mati eksiden depan mate. n kisah ke3 pasal minah kolej bercinta dengan sorng mamat misteri ni.(korang tengok la sendiri nnti)huhu!

Orang cakap film ni film kormesial.ye la kot.sebab banyak artis popular.tapi ape yang aku ske dengan kabir bhatia ni. Dia pandai bermain dengan visual2 die. Ade seni la! Ade "Mis en scene"(betul ke aku eja ni..?).Aku tak pasti die memang plan ke tak. tapi yang paling aku ske ialah time mamat yang mati bini ni(lakonan Tony Eusof) g jogging/berlari (metafora pda cuba lari dari masalah die),dalam montage(gabungan beberapa visual utk memberikan sesuatu maksud pada cerita) tu,ade satu shot di mana Tony berlari depan masjid. Aku taktau la Kabir amik shot tu sebab masjid tu cantik ke or sebab kat location tu mmg ade masjid pastu die amik je shot tu, tapi bg aku Tony berlari depan masjid tu membawa maksud : manusia cuba lari dari maslah yg die hadapi tapi tak kembali padaNYa. Hanya lalu sahaja di hadapan rumah-Nya.(satu kritikan).
Mcm aku cakap tadi, aku taktau la adakah ini yg kabir mahu sampaikan.tapi ape yg aku nampak itu la..

pajang gak review aku ni.tak gune cakap banyak korng tengok je la sendiri filem ni.walaupun teknikal sound(dubbing tak bape clean)agak kurang bez tapi tu g mampus la. yang penting cite bagus.

lepas tengok filem.sesi wartawan bertanya bermula.tapi 2-3 org je bertanye. sume bajet cool yang tanye secara personal. selepas tu mula la artis2 yang terlibat,macam biase la sume artis puji melambung filem tu. taktau la diorg betul2 suke ke tak..sebab para plakonnye sendiri ade yang mengarah filem gak.(Afdlin dan Pierre)
pastu sume bersurai. makan2 n blah!

tapi personaly aku ske ah filem ni. Gabungan naratif melayu, hindustan, korea-japan yang berjaya. Dari segi look mmg mcm filem korea-japan sket. tp ok la. Sinema Baru Malaysia!
papepon korg tengok la sendiri n nilai sendiri k!

Khamis, 12 Jun 2008

SesuaTu YanG HiLanG

Ia pernah ada
Tapi sudah hilang
Kemarin

Ia Pernah Datang
Tapi sudah Pergi
Kemarin

Aku pernah mencari
aku temui
Tapi dia kembali pergi

Mungkin silap aku
tapi mungkin juga takdir penentu

Aku akan tetap menunggu..
tapi entahlah
Mungkin tahun kan beribu..

Jemu?
Itu bukan aku

Buntu?
aku akan menunggu..
Mungkin batu kan jadi debu
siapa tahu

Aku Hantu

Dia Pun Tahu

Tapi Mata nya Lebih Berhantu

Rindu...

Jika Aku Seorang Lelaki

Jika aku seorang lelaki,
akan kudaki gunung tertinggi...
akan kujelajahi isi bumi..
untuk mendapatkan cinta sejati..

Jika aku seorang lelaki,
akan aku berlari,
akan aku berenang,
akan aku terbang,
untuk kudapatkan cinta tulus suci..

Jikalau benar aku lelaki,
pasti akan kuberinya cinta,
yang buat dia bahagia,
yang buat dia gembira,
bukan pada kata2,apa lagi harta,
bukan jasadku...

tapi hatiku,ragaku,jiwaku...
untuk dia...

itupun jika aku seorang lelaki.....
LELAKIMU...

Rabu, 11 Jun 2008

PERISTWA BUNGA TELOR arahan ALiFF akan ditayangkan!

Jom menonton filem-filem pendek karya pelajar tahun akhir Fakulti Filem Dan Video, AKademi Seni Budaya Dan Warisan(ASWARA).

Tempat: Dewan Kuliah Utama, ASWARA, 464, Jlan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Tarikh : 19 JUN 2008(KHAMIS)
20 JUN 2008(JUMAAT)

Masa: 8.00malam

*Filem Pendek arahan ALiFF, "PERISTIWA BUNGA TELOR" juga akan di tayangkan. Jom Tengok!