Rabu, 3 Jun 2009

"PINTU KE PINTU" OFFICAL TRAILER



Akhirnya....
Sekian lame menyepi dengan kesibukan proses editing "Pintu Ke Pintu" dan proses pre-pro "JIMBO...saya sediakan dahulu anda dengan trailer 30saat ini. Harap terhibur...

Jangan lupa saksikannya pada tayangan perdana bersama 6 filem pendek lain sempena Penilaian Projek Akhir (PeTA 2009), Fakulti Filem dan Video ASWARA - 9hb dan 10hb Jun 2009 , jam 8.30mlm di Dewan Kuliah Utama ASWARA. Dan tayangan serta soal jawab pada 10hb Jun 2009, jam 2ptg di tempat yang sama...Masuk adalah Percuma.

"PINTU SUDAH SEDIA DIBUKA...."

Rabu, 4 Mac 2009

PINTU KE PINTU "Pengembaraan melalui PinTu bermula"


Setelah melalui mcm halangan dan rintagan dlam pre-pro, akhirnya Pintu Ke Pintu akhirnya tamat sesi pengambaran. Berdepan dengan situasi genting time shoot antara pengalaman yang giler yg patut di rasa oleh semua org. (aku rase).

Hari pertama : Bdk teknikal lupa bawk Bnc Cabel yg membuatkan aku tak bole tengok monitor. By heart je la..baru mcm P. Ramlee sket..huhu!caye je kat DP.(kadang2 aku curi tgok kat LCD camera gak..huhu!)

Hari Kedua :Berdepan dengan set-up yg besar dan aku hanya ade kurang dr 10 org crew.termasuk teknikal, art dan aku sendiri..adus!tp semua nya harus berjalan...ini pasal karya.bukan pasal crew...

Hari Ketiga : Alhamdulillah..berjalan lancar. Tapi karya aku terganggu siket. Bile ade "tutor"yg duk sebelah aku tuk tengok monitor dan kaco mcm2. Termasuk nk tolong aku ckp "action - cut".(Lebey tul org tua ni..sib baik org tua...). Tapi takpe. Sume nye da abis..kite jalan je...

ni aku kongsi sket gamba2 time shoot aritu..



Sabtu, 31 Januari 2009

Benarkan Aku BerMIMPI....

Melafaz tiada kata
Gelap tak nampak ruang yang nyata
Bukan hilang mentari di siang hari
Tapi bulan masih sembunyi lagi

Aku tak minta cinta
Sakit rindu ku rasa selalu
Susuk pedih itu nikmatnya
Tanyalah sama waktu
Hanya waktu yang tahu

Lantasku lari
Dan berlari
Ku titi jari-jari mimpi
Temuimu di antara celah jari

Kuterjun
Aku jatuh di sini
Nampak kau lari
Bayang-bayang kau lari

Mungkin tidak selamanya
Di dunia nyata
Tapi biarkanlah aku berMIMPI...

Rabu, 7 Januari 2009

Kenapa Kamu Belajar..?

Tadi,(hari Isnin,5 Januari) aku mendaftar semula untuk masuk ke semester akhir Diploma aku di ASWARA. Pejap celik pejam celik, dah tiga tahun dah aku blaja kat ASWARA. Dah tiga tahun aku terjun ke dalam bidang filem.(eh, mcm salah je ayat aku ni. Mungkin “Baru tiga tahun...”hm~). Takde pape hal la benda tu. Tapi apa-apa pun, itulah usianya. Tiga Tahun. Mak aku semalam ada bertanya, “Seronok ke belaja kat ASWARA?”. Bagai di rakam skrip yang sama, dan perulangan konti dialog yang sama, Ayah aku turut bertanya soalan yang sama, “Seronok ke belaja kat ASWARA..?”, tak silap aku dalam 5 jam sebelum tu. Wah, bagai dirancang! Kedua-dua soalan itu aku mulakan dengan senyuman. (Jadi tabiat aku kot..Senyum dulu baru jawap.heheh~). Tapi jawapan yang terluah kedua-duanya lain. Tak konti. Banyak improvise. Tapi yang aku pasti jawapan yang terpacul kat mulut aku ketika itu amat spontan. Minda aku cuma tervisual 2-3 babak di ASWARA sepanjang tiga tahun itu. Positif jawapan aku. “Nak sambung ker..?”. Tertangkap aku dengan soalan itu. Aku diam je. Fikir. Lambat menjawab.”Entahlah.”(Perkara ni belum lagi bertemu jawapannya, bagi aku masa.)

Tapi hari yang sibuk dan ramai orang di ASWARA buat aku agak serabut. Semua pelajar beratur panjang untuk mendaftar dan amik result. Hm~ aku datang lewat petang sikit. Mungkin orang dah surut. Tensen tul. Dulu tak la rami student cmni..Sekarang..aduss! Tapi tu pentadbiran punya hal. Lantaklah, aku pun nak blah dah. Petang tu aku daftarlah dan amik result. Nak tau result aku..?heheh~ takyah lah...heheh~

Aku balik rumah dan aku terus berfikir. Apa sebenarnya yang best di ASWARA ni...?Last2 aku dapat jawapan.(Mungkin ini jawapannya...). Sepanjang aku belajar di ASWARA. Aku tak penah kesah pasal result aku. (Tahun pertama mungkin la...”nerd” lg..huhu~). Tapi bila naik tahun dua, aku tak penah kesah pun. Pointer bukan ukuran student tu bagus. Itu kesimpulan aku sekarang ni. Aku ingat ada satu subjek ni, semasa aku di Tahun dua, aku buat Projek Doku. Aku sebagai di tugaskan sebagai Penerbit.(Merangkap Pengarah, JuruKamera dan Editor..heheh~). Untuk penilaian subjek tersebut, setiap seorang di minta menyediakan laporan kerja mereka megikut posisi masing-masing. Aku ketika itu, perasaan malas meronta-ronta dalam diri dan aku biar je tugasan tu. Aku tak buat.heheh~ Tiba dateline, Pensyarah aku paksa jugak buat. Aku tulis je pakai tangan. Punya la malas. Hahah! Lagipon masa tu takde ladtop lagi. Kemudian, selepas hantar. Aku di panggil masuk ofis Pensyarah aku. Lepas tu ape lagi. Skrip panjang la aku di hadiahkan. Aku pun buat gak la. Namun, apa yang aku nak kongsi di sini. Untuk projek itu, aku banyak belajar. Balajar dari kesilapan. Usaha untuk shoot juga walau apa halangan sekali pon. (psst..aku pernah bawak cam Sony HDV tu letak dalam beg sandang secara songlap dan pergi ke Bukit Bintang dan Shoot untuk mencukupkan footage aku. Walaupun time tu giliran kumpulan lain untuk shoot.huhuh~). Dan mengalami proses penyuntingan yang paling giler dalam hidup aku. (panjang nak cite..hehe~). Semua tu aku tahu, Pensyarah aku pun tahu. Dia suruh buat sebab untuk selamatkan pointer aku. Terus terang ketika tu aku cakap, “Saya di sini bukan untuk pointer.”Tap!aku rasa macam kurang ajar gak ketika tu. Tapi dah terlepas. Dia hanya tersenyum. Dia tau budak muda macam aku ini ghairah. Nak sangat berkarya lau dia terus menyambung skrip panjangnya. Haaaa~

Panjang gak entry aku kali ni. Aku hanya nak kongsi. ASWARA membuatkan aku belajar kerana aku nak belajar. Bukan belajar sebab nak exam. Atau belajar sebab nak dapat pointer tinggi. Aku taktau lah kawan-kawan lain macam mana. Tapi itu aku. Dah 11 tahun, sistem pendidikan di Malaysia memberi acuan pada psikologi aku untuk belajar sebab nak exam. Tak pun acuan pendidikan juga memberi arah, "Awak nak jd apa bila dah besar?" Jawabnye bak di kunci pada beberapa sahaja pilihan "Doktor!Pilot!Askar!Angkasawan!" dan mungkin ada lagi lain. Tapi balik itu je. Hm~ Tak yah la nak tipu aku. Semua macam tu. Entah sampai bila. Aku tengok adik-adik aku pun macam tu.

Kawan-kawan aku di Universiti juga begitu. Belajar kerana nak Exam. Nak dapat Pointer Tinggi. Mengapa harus begitu? Di sini sudah tidak menjadi soalan lah mengapa graduan Universiti kita ramai yang menganggur. Pointer tinggi melambung. Tapi.......Entahlah.(Jawap sendiri..) Ada resolusi ke untuk perkara ini? Aku bukan pakar atau pengkaji dalam bidang pendidikan. Tapi bagi aku ilmu harus di tuntut dengan ikhlas. Bukan sebab exam, nak dapat A+, dan nak berlagak dengan individu lain yang dapat rendah.(tapi mungkin lagi pandai dari ko!). Markah ujian jadi ukuran. Ya. Aku Tahu. Apa lagi nak di ukur kalau bukan dengan itu..

Da la...!Suka hati korang lah!