Rabu, 16 Julai 2008

LIHAT wayang gambar pendek dari Aliff




FiLem konToT berdurasi 3minit ini dihaslkan untuk kelas Pengarahan 2 mase aku di tahun2 Dua semester satu dlu(bulan Mei 2007). Idea ni dah di peram sejak aku taun satu lg. Dengan bajet sebanyak Rm3.90(cermin mata)dan duit mintak Rm2.00(minyak moto.time tu harga minyak blum naik lg.huhu!),aku n Tash(Si Buta) pegi la Taman Tasik Perdana n shoot!
Takde Skrip!
Only need storyboard..
(korang pon mampu buat..)
shoot tak sampai 5jam ni berakhir jam 6petang..
Edit punye edit. Esok siap n submit terus!
Tp pensyarah aku bg B+ je!Tp aku tak puas ati..


Jadi..
SiLaLAH KoMen FiLm KOntot aku bertajuk "LIHAT"ni...(Satu komen yang beri upah 20sen..huhu!)
Kalo korang jd pensyarah aku agak2 bleh dpt bape?huhu!(anggap je korg lg pandai dr pensyarah aku..huhu!)

*Oleh kerana aku pakai kualiti yg okey sket. So,lame sket la ye nak buffering. Sorry la nak kene tggu. Tp sementara tu leh la tgk2 post2 aku yg lain...heheh!

Peace!

Khamis, 10 Julai 2008

CURI

FADE IN
1. INT. – BILIK – PETANG

Seorang Lelaki,20, sedang membancuh kopi. Meletakkan 2 sudu gula dalam cawan kopinya. Dia bersedia untuk menikmati kopi tersebut.

Sepasukan polis(3 orang) merempuh masuk ke dalam bilik tersebut. Menangkap lelaki tersebut.

Lelaki
Ape ni bang?Saya tak salah bang!

Polis 1
Mana kau letak barang tu ha?

Lelaki
Barang apa ni, bang?Saya taktau apa pun,bang!

Polis 2
Barang tu ada di sini, Tuan.
(Sambil menunjukkan sebuah beg.)

Polis 1 menggari lelaki tersebut.

Polis 1
Kau pegang dia. Jangan sampai dia terlepas!
(sambil menyuruh Polis 3 memegang Lelaki)

Polis 1 pergi melihat isi kandungan beg itu. Dia tersenyum sinis.

Polis 1
Dah!Bawa dia pergi!

CUT TO



2. INT. – BALAI POLIS - PETANG

Polis 1 membawa Lelaki tersebut ke Bilik Soal Siasat.

Polis 1
Mana kau dapat barang tu ha?!

Lelaki
Barang tu bukan saya punya, bang!Kawan saya yang bagi..Saya ambil je la..

Polis 1 menumbuk perut Lelaki tersebut.

Polis 1
Sape kawan kau tu ha?!
Kau tau tak sekarang ni orang susah nak dapat barang ni!

Datang seorang polis (Polis 4) masuk ke dalam bilik tersebut.

Polis 4
Mat, mane kau letak barang budak ni, ya?

Polis 1
Ada atas meja kat bilik belakang tu. Eh, Ko nak buat ke?Buatkan aku sekali..

Polis 4
Ok. Em, ah 3 bulan kita kat balai ni minum kopi tawar….
(sambil berjalan keluar bilik soal siasat)

CUT TO


3. INT. – BALAI POLIS(BILIK BELAKANG) – PETANG

Polis 4 menyediakan kopinya lalu minum.

Polis 4
...ahhh, sekarang baru la dapat rasa kopi manis.

Polis 4 berlalu pergi. Di atas meja, terdapat beg(yang di curi oleh lelaki itu) dalamnya terdapat beberapa packet GULA.
FADE OUT

Isnin, 7 Julai 2008

PINTU KE PINTU(DEMI MASA)




PINTU KE PINTU(DEMI MASA) adalah sebuah karya aku yang masih di peringkat skrip. Idea bermula time aku duk sorang mengadap pc pukul 4.30pg dan tibe-tibe nampak pintu yang kat depan aku bergerak. Mampos! tapi aku wat dono je. And dengan Kuasa-Nya, diturunkan aku sebuah idea yang bertitik tolak dari surah Al-Asr(Demi masa). Time tu aku baru sem2 beb. Baru nak kenal ape tu filem. Tapi minatnyer pasal aku terus wat skrip..
Utk draft yang pertama tu, mmg tah pape la. Mengarut!susah nak paham! pastu dari semester ke semester aku balaja punya blaja dapt la skrg ni draft ke 8(lebih kurang la).Insyaallah skrip filem pendek ini akan aku buat untuk projek tahun akhir aku..Doakan kejayaan gua yeh beb!

Cite die pasal ape..?Em,tungguuuuu...