Jumaat, 12 September 2008

LayakKaH aku..?

aku mula tertanya2..
adakah aku layak dan bersedia untuk mengarah sebuah Feature Film?
dengan pengalaman tak sampai setahun jagung..
ilmu tak sampai sebesar kuman..

dalam masa yang amat singkat.dan skrip yg terlalu berat....
Anuar Arai, susah benar membaca kepala otakmu..
JIMBO!
ke marilah datang kepadaku!

Ahhh..
aku mula meragui kemampuan sendiri...

Tak sanggup pula aku mencurangi kepercayaan kawan2..
Terima Kasih semua..

Tapi aku akan terus berjuang...

Doakan perjuanganku...

Isnin, 8 September 2008

Pengembaraan "PINTU KE PINTU" kini bermuLa!!



Akhirnya...

"Pintu Ke Pintu" akhirnya berjaya mencuri perhatian panel ketika sesi perbentangan idea yang pertama sabtu lepas. Darpada 14 idea yang dibentangkan. 7 terpilih termasuk "Pintu Ke Pintu". Projek ini merupakan projek tahun akhir bg saye untuk mengenggam diploma di ASWARA. Filem Pendek ini akan melalu proses pre-pro pada tahun ini dan pengambaran pada tahun hadapan. Persiapan proposal di lakukan dalam masa terdekat untuk mendapatkan bajet. Kali ni ASWARA tidak memberikan bajet dan kene la cari sponsor! Mampuss!

Terima Kasih Saya ucapkan kepada semua yang menyokong di belakang saya. Mak, Ayah, Famili, Kawan2 Baek ku, Kawan2 Sekelas,dan Kawan2 dan Kenalan2 lain serta tak lupa pada blogger yg bace blog ni..(korang pon salah sorg inspirasi aku..)

Doakan perjalanan produksi ini berjalan dengan baik. Sape yg berminat nak join my production ni..bleh anta resume anda ke akulaesan87@gmail atau akulaesan@yahoo.com
(terutama pelajar2 filem di malaysia. UITM, UNIMAS, UM, dan mane2 lg la..)

Mari bersama kita bentuk "Generasi Baru Sinema Malaysia"