Khamis, 10 Julai 2008

CURI

FADE IN
1. INT. – BILIK – PETANG

Seorang Lelaki,20, sedang membancuh kopi. Meletakkan 2 sudu gula dalam cawan kopinya. Dia bersedia untuk menikmati kopi tersebut.

Sepasukan polis(3 orang) merempuh masuk ke dalam bilik tersebut. Menangkap lelaki tersebut.

Lelaki
Ape ni bang?Saya tak salah bang!

Polis 1
Mana kau letak barang tu ha?

Lelaki
Barang apa ni, bang?Saya taktau apa pun,bang!

Polis 2
Barang tu ada di sini, Tuan.
(Sambil menunjukkan sebuah beg.)

Polis 1 menggari lelaki tersebut.

Polis 1
Kau pegang dia. Jangan sampai dia terlepas!
(sambil menyuruh Polis 3 memegang Lelaki)

Polis 1 pergi melihat isi kandungan beg itu. Dia tersenyum sinis.

Polis 1
Dah!Bawa dia pergi!

CUT TO



2. INT. – BALAI POLIS - PETANG

Polis 1 membawa Lelaki tersebut ke Bilik Soal Siasat.

Polis 1
Mana kau dapat barang tu ha?!

Lelaki
Barang tu bukan saya punya, bang!Kawan saya yang bagi..Saya ambil je la..

Polis 1 menumbuk perut Lelaki tersebut.

Polis 1
Sape kawan kau tu ha?!
Kau tau tak sekarang ni orang susah nak dapat barang ni!

Datang seorang polis (Polis 4) masuk ke dalam bilik tersebut.

Polis 4
Mat, mane kau letak barang budak ni, ya?

Polis 1
Ada atas meja kat bilik belakang tu. Eh, Ko nak buat ke?Buatkan aku sekali..

Polis 4
Ok. Em, ah 3 bulan kita kat balai ni minum kopi tawar….
(sambil berjalan keluar bilik soal siasat)

CUT TO


3. INT. – BALAI POLIS(BILIK BELAKANG) – PETANG

Polis 4 menyediakan kopinya lalu minum.

Polis 4
...ahhh, sekarang baru la dapat rasa kopi manis.

Polis 4 berlalu pergi. Di atas meja, terdapat beg(yang di curi oleh lelaki itu) dalamnya terdapat beberapa packet GULA.
FADE OUT

6 ulasan:

Miss LaraLady berkata...

Mane dapat inspirasi ni?
ade kene mengena ngan coffecholic dan gula-gula kah?
heheh!!

Butaseni@Wan Raja berkata...

hahahahahaha aku suka!jangan lupa upload shortfilm ni nanti.nak tengok.

artsoul berkata...

bole buat iklan kopi...

amer zaman berkata...

menarik...

member aku ada buat isu yang sama..

tapi mungkin kau punya lebih mnarik?

ratnakesuma berkata...

yup! menarik...

amer,,, member ko yg mana tuh? aku kenal ker? huhuhuhu.....

Aliff Ihsan Rahman berkata...

Ade sape nak join aku shoot film ni leh melkan no fon die kat aku..
thanks!

*setiap krew juga akan di audition..huhu!