Ahad, 28 Disember 2008

Seniman Kurang Siuman

Aku bukan giler..
tapi kurang siuman je..

dalam usia muda nak buat filem berfikiran besar..
tp aku tahu tu mmg kelemahan aku.."pengalaman"

"Pengalaman" bukan barang yang boleh aku beli kat Mydin atau Giant. (Kalo bole, akan aku beli secara borong di sana..). Aku tak mampu membeli pengalaman. Itu masa.

Macam mane aku nak beli masa..?

Aku pernah cakap pada diri aku. Aku nak mengarah feature film pada usia 40. (mungkin itu usia terbaik untuk menghasilkan karya. Banyak pengalaman.)Tp peluang yang datang buat aku serba salah. aku sudah 19 tahun awal dari target!! Mana aku nak dapat pengalaman 19 tahun tu? Ye, aku tahu ramai juga pengarah-pengarah filem barat yang mencipta nama untuk karya pertama di usia muda. Tapi aku hanya aku.

Macam tamak..tapi..
Rezki milik Tuhan..
tapi betul ke sekarang..?
Betul ke masanya ini..?
tah....

Aku ade satu je.."Passion"

Itu yang buat aku terus berjuang.
Biasalah usia muda.

Tp aku masih sangsi. Takut ada pihak yang main-mainkan "passion" aku. Mungkin ya - mungkin tidak. Aku terus je berfikir. Serah je pada rezeki Tuhan.

2009 hampir tiba...

2 bulan untuk "PINTU KE PINTU"

6 bulan lagi untuk "JIMBO"


Getar-Takut-Semangat-Passion
Apa pula aku selepas itu.....?

Aku kembali!

Hm~
lame gak tak menulis kat blog..
Terima kasih pada yang membaca blog fileminda selama ni walaupun dah lama tak di update..
Malam ni aku nekad untuk kembali menulis...
berkongsi pengalaman aku bersama pembaca fileminda...
Jangan lupa Arkib Fileminda..
Ilmu untuk semua!

Hidup hanya sekali..
ilmu yang hadir, pengalaman yang datang,
Untuk aku, untuk anda,
Baru meriah hidup ini..
Bersama...

...FileMinda...