Selasa, 6 September 2011

Filem dan Fantasi Seks


Tulisan ini di inspirasikan dari sebuah drama bersiri di kaca televisi mungkin 100 ribu orang Malaysia sedang menontonnya sekarang. Mungkin sebab itulah ia di tayangkan di waktu perdana.

Tidak sekali ingin aku menyentuh tentang perkembangan filem porno di Malaysia kerana filem2 tersebut telah membina industrinya sendiri melalui "bluetooth" di handphone2. Soal itu biar

orang lain yang bercerita atau biarkan cerita2 itu kalian dengar dari mulut2 mereka yang lebih berpengalaman.

Tapi di sini ingin aku ingatkan kalian semula. Agak2 bila anda sudah terdedah dengan filem atau gambar bergerak (motion picture)? Mungkin paling awal aku letak di sini seawal usia 3-4 tahun mungkin (di kaca televisi). Soalan ke2 : Bilakah kali pertama anda menonton babak comolot (kissing)? Mungkin paling lewat seawal umur 7 tahun mungkin. Tapi bilakah ia mampu meransang daya seksual dengan babak2 sedemikian y
ang secara mudahnya di tonton kaca televisi ketika era 80an-90an dahulu...?


Filem merupakan medium yang paling mudah memberi gambaran jelas mengenai sesuatu orang, tempat dan persekitaran kerana mata kamera yang merakam subjek sangat dengan mata manusia. Mungkin anda pernah dengar mengenai ungkapan "pictures don't lie" tapi aku lebih suka menggunakan ungkapan "moving pictures don't lie" kerana ia lebih dekat dengan filem. Menonton filem memberikan pengalaman mengenai sesuatu yang anda tidak pernah alami. Dalam kata lainnya, menonton filem memberi peluang untuk anda berfantasi tentang sesuatu yang tidak pernah anda rasa.

Sama ada anda lelaki atau perempuan, telah di ciptakan manusia dengan pakej seksual dengan orentasi yang berbeza. (dewasa ini, lebih banyak pilihan orentasi). Orentasi tersebut membuatkan anda rasa suka, cinta dan seterusnya rasa seksual.

Secara anda tidak sedar filem memberikan anda pendidikan tentang itu. Dalam kebanyakan filem Hollywood, Hero (lelaki) akan mempunyai misi yang tertentu dengan di iringi Heroin (perempuan). Dalam perjalanan ke arah misi itu, Hero dan Heroin akan melalui pelbagai aras dalam hubungan mereka dan kemuncaknya adalah babak kissing atau seks.

Aku tak mahu berbicara lagi soal-soal yang anda sudah tahu atau anda pura-pura tak tahu.

Fantasi Seks dalam filem bermula dari pandangan anda terhadap watak-watak dalam filem tersebut. Misalnya, seorang lelaki yang menonton filem akan berfantasi bercinta dan mengadakan hubungan seks dengan watak heroin dengan berfantasi watak hero adalah dirinya.
Selain itu, perasaan suka dan cinta pada pelakonnya juga adalah salah satu fantasi.

Dalam tidak anda sedar, perasaan itu adalah kerana rasa suka dan cinta anda pada watak, bukannya pelakon. Hal ini selalu terjadi pada perempuan khurusnya. Perempuan kerap rasa suka dan cinta pada pelakon-pelakon kacak yang romantik dalam sesebuah filem. Dalam perkara ini, terdapat satu teori yang telah memberikan penerangan mengenainya iaitu, Male gaze (pada kaum perempuan ia juga di sebut Female-gaze)

Memang sudah jadi tabiat aku untuk tidak memberikan apa kesimpulan dalam penulisan. Tulisan aku lebih menjurus kepada membuka fikiran dan merenung sejenak. Itu je...

Jadi, apa filem yang yang memberi anda fantasi seks?

Tiada ulasan: