

Filem Perlu Ada Minda!
Kah Kah Kah!
Kelakar lak rase bile aku tetibe kje nak tulis pasal topik ni..mungkin sbb da 54 tahun (officially ikut buku teks sejarah sekolah) kita merdeka..Ketebulan lak raye sekarang ni..so stesyen2 tv berlumba2 la menayangkan filem2 tempatan/melayu (same ke tak eh?) terbaru juga terhangat kat stesen diorg. So, terpiker lak aku tentang MERDEKAkah Filem MALAYSIA..Nak jawap pun rase nak gelak sbb aku ni bukan la ahlil akademik atau pemikir filem kelas atasan untuk menghuraikannya..Bukan kerja aku..
Tapi aku sume nak ajak kalian berfikir sejenak..tak perlu fikir jauh2 dan bersar2. Kita ambil 2 filem tempatan/melayu (same ke tak eh?)baru yang menembusi kaca televisi aku dan kalian adalah seperti V3 : Samseng Jalanan (2010) dan Nurkasih The Movie (2011). Dua filem bergenre berlainan dan mempunyai pendekatan yang jauh berbeza. Tak kesahlah bagaimana jalan cerita, plot atau segala bagai aspek dalam filem ini, tapi soalnya MERDEKAkah filem2 ini?
Kah Kah Kah!
Kalau nak cakap pasal apa maksud dan pengertian MERDEKA, aku rasa kalau sejak tahun 1957 sampai sekarang tu je la soalan yang asyik di tanya..tu pun buat aku bosan. Yang tu aku lepaskan pada minda. Kalau nak cakap tentang filem patriotik/kenegaraan pulak? Hmm~Persoalan juga, perlukah filem seperti 1957 : Hati Malaya (2007) lagi?Itukah filem yang MERDEKA?
Kah Kah Kah!
Itu bukan gelak tapi tanda tanya...?
http://airfilms.tumblr.com/
Blog ni akan beroperasi macam biasa dengan perkara2 mengarut dan penting juga tak penting akan aku tulis bosan2 dan kalau ade masa dan kesempatan..tp blog baru itu akan jadi blog yang lebih serius dgn cacatan2 dan post2 catatan pengalaman aku sepanjang jd anak seni..bunyinya macam poyo je tp aku ras agak penting utk aku abadikan pengalaman2 ni kat internet supaya tak hilang dek zaman insyaallah...taktau adakah aku dapat aktif menulis tp akau akan cuba..tak kesah la ade orang bace atau tak..mbye aku tulis ni ni pon utk diri aku sendiri..tak kesah la..harap semangat ni takkan pudar begitu saja..dan harapa korg dapat support aku...bye :)
SELAMAT ARI RAYEEE SUME DAN MERDEKA2 LA KITE!!
Ucapan aluan2 utk respek ari2 yg buat aku semangat ReFresh Blog ni...
Nak buat blog baru atau sambung blog ni...aku masih konfius..tapi aku mmg rase nk tulis blog semula..tp risau gak taktau dapat update atau tau...so far bil internet aku masih ok...tp kalo da tak ok mbye tersangkut gak lg macam dlu...
btw,nak cite kat korang aku dalam pre-pro utk satu short film utk Subjek PEMBIKINAN FILEM PENDEK sem ni yg akan di shoot insyaallah awal bulan ogos..aku sedang dalm proses edting skrip, RnD dan casting (yg amat menggusarkan aku sekali). Pencarian kanak2 lelaki umur 12-13 tahun yang akan di berikan nama Iman ini masih lg belum bermula..risau gak budak tu tak dpt carry watak yg aku ciptakan tu..Takpe. wat masa ni aku dan rakan2 produksi memberi ROH buat IMAN..JASAD nya lepas raye ni kiteorg akan same2 cari..
Tajuk : "MIMPI IMAN"
Team Produksi
Team ni sangat fresh tp potensi diorg aku tak sangkal..Insyaallah team ni boleh jd team yg baik mane tau team paling baik aku penah work (tak mustahil). Sama2 la kite ye...
"MIMPI IMAN" - nak tau ape ceritanya...?Kene la tgguuuuuuuu~